Selamat datang ke blog pusat sumber SK Ambual Keningau

Rabu, 21 Ogos 2013

Karangan rujukan diambil dari laman web (Bahasa Melayu UPSR)

contoh Karangan UPSR




1.Karangan melengkapkan cerita........Aku berdoa semoga adik selamat dan berjanji akan menjaga adikku dengan baik pada masa hadapan

          Hari ini ibu dan ayahku pergi melawat datuk saudara yang sakit di kampung. Aku disuruh tinggal di rumah dan menjaga adikku yang berusia enam tahun. Kami bermain permainan video bersama-sama.

          Tidak lama kemudian adikku mula berasa bosan. Dia mengajak aku bermain di luar rumah. Kami mengayuh basikal  di halaman rumah. Setelah lama bermain, aku berasa penat lalu mengajak adikku masuk ke rumah. Namun, dia enggan kerana masih belum puas bermain. Aku menjadi marah lalu meninggalkannya seorang diri di luar rumah.

         Aku terus masuk ke bilikku. Aku ingin menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru. Tiba-tiba aku terdengar bunyi dentuman yang amat kuat. Aku segera berlari ke luar rumah untuk melihat apa yang berlaku.

       Alangkah terkejutnya aku apabila melihat adikku telah dilanggar sebuah kereta. Kepala dan kakinya berlumuran darah. Adikku tidak sedarkan diri. Nafasnya turun naik. Jiranku segera membawa adikku ke hospital.

       Sampai di hospital, adikku dikejarkan di wad kecemasan. Aku merasa amat takut di luar wad. Jiranku telah menghubungi ibu dan bapaku. Tidak lama kemudian mereka pun tiba. Aku terus berlari memeluk mereka sambil memohon maaf atas kecuaianku.

       Adikku dibawa keluar wad kecemasan dalam keadaan kepala dan kakinya berbalut. Keadaan adikku kurang stabil dan dia dihantar pula ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU). Aku berdoa semoga adikku selamat dan berjanji akan menjaga adikku dengan baik pada masa hadapan.


2.Aku Sepasang Baju Kurung.

 Aku ialah sepasang   baju kurung . Badanku bewarna biru berbunga putih amat menawan . Aku dibuat di sebuah kilang pakaian di Shah Alam , Selangor .

     Pada suatu hari , aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah butik pakaian di Kuala Lumpur . Kami digantung di rak kaca butik itu . Kami digantung supaya dapat dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di situ . Pada badan kami diletakkan tanda harga .

     Pada suatu hari , seorang wanita datang mengunjungi butik tersebut . Dia memegang dan membelek-belek kami sambil melihat tanda harga di badan kami . Aku terpesona memandang wajahnya yang cantik itu . Akhirnya , dia membeliku dengan harga RM99.99 . Aku berasa sungguh gembira kerana memilihku dan memepunyai seorang tuan yang cantik . 

     Aku dibawa pulang dan disangkutkan ke dalam almari pakaiannya bersama dengan baju baju yang lain . Pada keesokannya aku dipakai olehnya ke tempat kerja . Rupa-rupa dia seorang guru . Rakan-rakannya asyik memuji kecantikan aku . Aku berasa sungguh bangga dengan kecantikan diriku itu . 

     Sejak hari itu aku sering dipakai olehnya kerana aku adalah warna kegemarannya . Beberapa bulan kemudian warnaku semain pudar . Kepudaran warnaku  itumenyebabkan dia jarang memakaiku lagi . Kini , tuan aku telah membeli baju lain yang lebih cantik . Aku berasa amat sedih . Aku telah dipilih dan dimasukkan ke dalam almari .

     Pada suatu hari , aku dan rakan-rakan yang senasib denganku telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak . Kami dihadiahkan kepada mangsa banjir di Kota Tinggi , Johor . Aku amat bersyukur kerana aku mendapat tuan baru lagi dan aku terus dipakainya olehnya  walaupun warnaku sudah pudar .


Khamis, 25 April 2013

Meriahnya majlis perpisahan guru pelatih...

Majlis Perpisahan Guru Pelatih


Hari ini majlis perpisahan guru pelatih di SK Ambual telah diadakan.Wah,meriahnya ada potong kek lagi.Alahai bestnya..

 Kenangan dari guru pelatih DPLI,projek melukis mural untuk dinding kelas kreatif dan kelas Pusat Sumber.Semoga menjadi guru yang cemerlang bila dan jadi guru sebenar okay.
Permainan passing parcel...eh..risau juga kalau kena...
 Guru yang rajin dan kreatif..
 Murid sedang membuat rujukan di pusat sumber.Semoga menjadi murid yang cemerlang.
 Wah,rajinnya murid ni...teruskan menelaah pelajaran.
 Semasa majlis perpisahan guru pelatih...
 Permainan rebut kerusi....
 Special,KFC menu ringkas untuk perpisahan guru pelatih...
 Majlis diakhiri dengan bersalaman dengan guru pelatih.
Murid-murid yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama.


Rabu, 24 April 2013

Contah Karangan UPSR

Faedah-faedah Membaca
Banyak bahan bacaan yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah majalah, buku, dan surat khabar. Kita akan memperoleh banyak manfaat menerusi aktiviti membaca.

Antara faedah membaca ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang kita perolehi pule meliputi pelbagai bidang seperti bidang bahasa, sejarah, agama, dan sains. Malah, pengetahuan itu boleh kita gunakan dalam pembelajaran di kelas. 

Membaca juga boleh meningkatkan kita dalam berbahasa. Apabila kita membaca, kita akan menemui kosa kata baru. Kita boleh mencari makna kosa kata itu dengan merujuk kamus atau sebagainya.

Selain itu, kita juga akan memperoleh hiburan menerusi aktiviti membaca. Katakanlah kita membaca sebuah buku cerita. Cerita yang disampaikan itu boleh menimbulkan keseronokan dalam jiwa kita. Apabila diri kita telah terhibur, minda kita juga akan menjadi lega.

Berdasarkan keterangan yang diberi, jelaslah kepada kita bahawa banyak faedah yang kita peroleh daripada membaca. Oleh itu, saya menyeru orang ramai agar memanfaatkan masa dengan membaca.

Abdullah, 4A



Jiran yang Baik

Ayah dan ibu selalu menasihati saya agar berbaik-baik dengan jiran. Apabila kita berhadapan dengan kesusahan, orang yang pertama sekali yang menolong kita ialah jiran, bukan saudara-mara kita yang tinggal jauh.

Saya mempunyai jiran yang baik. Nama jiran saya ialah Encik Halim. Encik Halim mempunyai dua orang anak. Salah seorang daripadanya bernama Ali dan sekelas dengan saya.

Encik Halim selalu memberi buah-buahan kepada kami sekeluarga. Ibu juga selalu menghantar masakan kepada Encik Halim. Hubungan kami dipupuk dengan perasaan hormat-menghormati dan pecaya-mempercayai.

Pernah pada suatu hari, apabila ibu hendak melahirkan adik, ayah belum pulang dari kerja lagi. Mujurlah Encik Halim yang menghantar ibu ke hospital. Ayah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Encik Halim.

Saya berharap agar hubungan kami terus erat. Encik Halim telah kami anggap sebagai keluarga kami sendiri.

Abdullah, 4A

Ahad, 14 April 2013

Gembira dapat sofa baru...

Gembira, dapat sofa baru..

Pertama sekali aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya kami dapat membeli sofa baru untuk  kegunaan murid dan juga semua warga sk Ambual yang ingin mencari maklumat di pusat sumber.  

Terima kasih terutamanya kepada guru besar iaitu encik Francis Yantim,penolong-penolong kanan,semua guru,guru pelatih ,ktbm dan semua warga sk Ambual  kerana sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama apa jua aktiviti yang dijalankan di sekolah ini.Tidak lupa juga ucapan  terima kasih ini kepada pengerusi PIBG dan semua ibu-bapa sk Ambual.

Dari kami: Cikgu Moitah dan Cikgu Khairiah.



Khamis, 11 April 2013

Hari Bertemu Pelanggan



Hari Bertemu Pelanggan SK Ambual
Gambar-gambar semasa Hari Berteu Pelanggan ini diadakan.














Rabu, 10 April 2013

Pertandingan mewarna dan melukis Zon Pegalan 2013



 Pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan melukis bagi tahap 2 bagi zon pegalan telah pun diadakan pada 04 April 2013 (khamis) bertempat di SK Pekan Keningau 2.

Peserta tahap 2 sekolah SK Ambual telah berjaya meraih tempat ketiga iaitu adik Petra Saily   yang telah melukis gambar pemandangan sawah padi.

Peserta lain iaitu adik Adilia Mujust dan adik Amy Amilidah berjaya mendapat saguhati lukisan terbaik.

Tahniah,teruskan berusaha. 








Tahniah....buat yang terbaik lagi lain kali.

Naib Juara Bola Jaring Peringkat Daerah Keningau




Hati tersenyum puas bercampur lega setelah pasukan bola jaring SK Ambual kali ini akhirnya berjaya mendapat tempat kedua peringkat daerah Keningau.

Syukur Alhamdulilah,walaupun latihan hanya empat hari saja namun pasukan SK Ambual telah berjaya meraih tempat kedua.

GO AMBUAL! itu yell bagi pasukan kita.Tahniah cikgu ucapkan,teruskan usaha anda bersama semangat kesukanan anda.









Teruskan berlatih,tahniah..