Selamat datang ke blog pusat sumber SK Ambual Keningau

Rabu, 24 April 2013

Contah Karangan UPSR

Faedah-faedah Membaca
Banyak bahan bacaan yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah majalah, buku, dan surat khabar. Kita akan memperoleh banyak manfaat menerusi aktiviti membaca.

Antara faedah membaca ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang kita perolehi pule meliputi pelbagai bidang seperti bidang bahasa, sejarah, agama, dan sains. Malah, pengetahuan itu boleh kita gunakan dalam pembelajaran di kelas. 

Membaca juga boleh meningkatkan kita dalam berbahasa. Apabila kita membaca, kita akan menemui kosa kata baru. Kita boleh mencari makna kosa kata itu dengan merujuk kamus atau sebagainya.

Selain itu, kita juga akan memperoleh hiburan menerusi aktiviti membaca. Katakanlah kita membaca sebuah buku cerita. Cerita yang disampaikan itu boleh menimbulkan keseronokan dalam jiwa kita. Apabila diri kita telah terhibur, minda kita juga akan menjadi lega.

Berdasarkan keterangan yang diberi, jelaslah kepada kita bahawa banyak faedah yang kita peroleh daripada membaca. Oleh itu, saya menyeru orang ramai agar memanfaatkan masa dengan membaca.

Abdullah, 4A



Jiran yang Baik

Ayah dan ibu selalu menasihati saya agar berbaik-baik dengan jiran. Apabila kita berhadapan dengan kesusahan, orang yang pertama sekali yang menolong kita ialah jiran, bukan saudara-mara kita yang tinggal jauh.

Saya mempunyai jiran yang baik. Nama jiran saya ialah Encik Halim. Encik Halim mempunyai dua orang anak. Salah seorang daripadanya bernama Ali dan sekelas dengan saya.

Encik Halim selalu memberi buah-buahan kepada kami sekeluarga. Ibu juga selalu menghantar masakan kepada Encik Halim. Hubungan kami dipupuk dengan perasaan hormat-menghormati dan pecaya-mempercayai.

Pernah pada suatu hari, apabila ibu hendak melahirkan adik, ayah belum pulang dari kerja lagi. Mujurlah Encik Halim yang menghantar ibu ke hospital. Ayah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Encik Halim.

Saya berharap agar hubungan kami terus erat. Encik Halim telah kami anggap sebagai keluarga kami sendiri.

Abdullah, 4A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan